Q&A | Umar Mengajar Kenduri Arwah?
Saya telah ditanya berkenaan athar yang berikut,
ﻓﻠﻤﺎ ﺍﺣﺘﻀﺮﻋﻤﺮ ﺃﻣﺮ ﺻﻬﻴﺒﺎ ﺃﻥ ﻳﺼﻠﻲ ﺑﺎﻟﻨﺎﺱ ﺛﻼﺛﺔ ﺃﻳﺎﻡ ، ﻭﺃﻣﺮ ﺃﻥ ﻳﺠﻌﻞ ﻟﻠﻨﺎﺱ ﻃﻌﺎﻡ، ﻓﻴﻄﻌﻤﻮﺍ ﺣﺘﻰ ﻳﺴﺘﺨﻠﻔﻮﺍ ﺇﻧﺴﺎﻧﺎ ، ﻓﻠﻤﺎ ﺭﺟﻌﻮﺍ ﻣﻦ ﺍﻟﺠﻨﺎﺯﺓ ﺟﺊ ﺑﺎﻟﻄﻌﺎﻡ ﻭﻭﺿﻌﺖ ﺍﻟﻤﻮﺍﺋﺪ ! ﻓﺄﻣﺴﻚ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﻋﻨﻬﺎ ﻟﻠﺤﺰﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻫﻢ ﻓﻴﻪ ، ﻓﻘﺎﻝ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻤﻄﻠﺐ : ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺇﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺪ ﻣﺎﺕ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﻣﺎﺕ ﺃﺑﻮ ﺑﻜﺮ ﻓﺄﻛﻠﻨﺎ ﺑﻌﺪﻩ ﻭﺷﺮﺑﻨﺎ ﻭﺇﻧﻪ ﻻﺑﺪ ﻣﻦ ﺍﻻﺟﻞ ﻓﻜﻠﻮﺍ ﻣﻦ ﻫﺬﺍ ﺍﻟﻄﻌﺎﻡ ، ﺛﻢ ﻣﺪ ﺍﻟﻌﺒﺎﺱ ﻳﺪﻩ ﻓﺄﻛﻞ ﻭﻣﺪ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺃﻳﺪﻳﻬﻢ ﻓﺄﻛﻠﻮﺍ
Ketika Umar sebelum wafatnya, ia memerintahkan pada Shuhaib untuk memimpin shalat, dan memberi makan para tamu selama 3 hari hingga mereka memilih seseorang, maka ketika hidangan–hidangan ditaruhkan, orang – orang tak mau makan karena sedihnya, maka berkatalah Abbas bin Abdulmuttalib:
Wahai hadirin.. sungguh telah wafat Rasulullah saw dan kita makan dan minum setelahnya, lalu wafat Abubakar dan kita makan dan minum sesudahnya, dan ajal itu adalah hal yang pasti, maka makanlah makanan ini..!”, lalu beliau mengulurkan tangannya dan makan, maka orang–orang pun mengulurkan tangannya masing–masing dan makan.
Referensi: [Al Fawaidussyahiir Li Abi Bakar Assyafii juz 1 hal 288, Kanzul ummaal fii sunanil aqwaal wal af’al Juz 13 hal 309, Thabaqat Al Kubra Li Ibn Sa’d Juz 4 hal 29, Tarikh Dimasyq juz 26 hal 373, Al Makrifah wattaarikh Juz 1 hal 110]
Kata penanya: Athar ini telah diperhujahkan untuk membenarkan majlis kenduri arwah.
Saya menjawab:
Alḥamdulillah,
wa al-ṣalāt wa al-salām ‘alā Rasūlillāh, waba‘d;
Majlis kenduri arwah yang telah menjadi adat di negara
ini, dan negara-negara Islam lainnya adalah termasuk dari bidaah yang tercela. Demikian
yang difatwakan oleh para sarjana dari mazhab al-Shāfi‘ī, termasuklah Shaykh Dāwud
bin ‘Abd Allah al-Faṭānī dalam Bughyat al-Ṭullāb, begitu juga yang dinyatakan
dalam al-Fiqh al-Manhajī ‘alā Madhhab al-Imām al-Shāfi‘ī. Demikianlah yang
difatwakan oleh Faḍīlat al-Shaykh Ḥasanayn Makhluf, sebagaimana yang direkodkan
dalam al-Fatāwā al-Islāmiyyah min Dār al-Iftā’ al-Miṣriyyah.
Adapun athar yang dibawa, kita dapati ia
direkodkan oleh ibn Sa‘d dala al-Ṭabaqāt al-Kubrā, ibn ‘Asākir dalam Tārīkh
Dimashq, Abū Bakr al-Shāfi‘ī dalam al-Ghaylaniyyāt, dan selain mereka, dari
jalur Ḥammād bin Salamah, dari ‘Alī bin Zayd, dari al-Ḥasan al-Baṣrī, dari al-Aḥnāf
bin Qays.
Jalur periwayat ini adalah lemah. Dalamnya terdapat ‘Alī
bin Zayd bin Jud‘ān al-Taymī al-Baṣrī.
Ḥāfiẓ al-Dhahabi berkata tentangnya: Dia ini banyak
ilmu, tetapi terdapat sedikit unsur ke-Shi‘ah-an.
Kata Abū Zur‘ah dan Abū Ḥātim al-Raziyān, “Dia ini
tidak kuat (hafazannya).”
Kata al-Bukhārī dan lain-lain, “Tidak boleh berhujah
dengan [riwayat]nya.”
Kata ibn Khuzaymah, “Saya tidak berhujah dengannya
kerana hafazannya yang teruk.”
Kata al-Tirmidhī, “Dia ini jujur, tetapi ibn ‘Uyaynah
berpendapat dia bermudah-mudahan.”
Kata Ḥammād bin Zayd, “‘Alī bin Zayd telah
mengkhabarkan kepada kami, dia ini selalu terpusing-pusing hadis.”
Kata al-Fallās, “Yaḥyā bin Sa‘īd al-Qaṭṭān
berhati-hati dengan dia ini.”
Kata Aḥmad bin Ḥanbal, “Dia ini perawi lemah.”
Kata al-‘Ijlī, “Dia terpengaruh dengan Shī‘ah, dan dia
tidak kuat (ingatan)nya.”
Kesimpulannya, athar yang dikemukakan ini
sanadnya rapuh dan lemah. Tidak layak dijadikan pautan dalam berhujah.
Jika ada yang berkata, “Bukankah al-Haythamī
mengatakan hadis ini ḥasan?”
Maka saya menjawab, kata-kata mutaqaddimin lebih
berhak untuk dipegang. Kemudiannya, al-Haythamī menyatakan hadis ini ḥasan
adalah kerana ia berada dalam bab sejarah, dan bab sejarah tidak diperketatkan
piawaian perawinya. Telah tersilaplah sesiapa yang berhujahkan dengan
riwayat-riwayat sejarah dalam membina agama mereka.
Kemudian, jikalah kita andaikan athar ini sahih
sekalipun, ia tidak menunjukkan keharusan melakukan kenduri arwah pun! Alangkah
buruknya kefahaman sesiapa yang memahami demikian.
Kerana maksud pernyataan ‘Abbās bin ‘Abd al-Muṭṭalib
adalah, “Rasulullah ﷺ dah wafat, kalian
masih hidup dan boleh makan minum, begitu juga dengan Abū Bakr. Kematian itu
sesuatu yang pasti, makanlah juga.”
‘Abbās mahu memujuk kesedihan orang-orang yang
bersedih tatkala Sayyiduna ‘Umar jatuh gering, bukan menyuruh mereka membuat
kenduri arwah – seperti yang biasa dilakukan di dalam dunia Islam.
Wallāh a‘lam.
ibn Twah al-Sha‘lamī,
17 Oktober, 2019.
17 Oktober, 2019.
Mahallah ‘Uthman, IIUM Gombak.
Comments
Post a Comment