Cerita-Cerita Ibrahim b. Adham dari Tabaqat al-Awliya' Karya ibn al-Mulaqqin
Ibrahim b. Adham, beliau tinggal di Balkh. Dilahirkan di Makkah. Ibunya pernah mendoakan menjadi orang salih, lalu doa itu diterima. Asalnya beliau cumalah seorang biasa, sebelum menjalani riadah seorang sufi yang salik. Pada suatu hari, beliau keluar memburu arnab dan musang. Ketika beliau sudah berjaya mendapat hasil, tiba-tiba terlintas dalam hati beliau, 'Demi Allah, aku tidak dicipta untuk ini! Bukan ini yang disuruh untuk aku lakukan!" Lalu beliau mula meninggalkan kehidupan sebagai seorang manusia biasa, mula menempuh jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Ibrahim b. Adham suatu hari bertemu dengan Shaqiq al-Balkhi, lalu bertanya, "Bagaimanakah kalian, membina usul [tasawwuf] di sisi kalian?"
Jawab Shaqiq, "Jika kami diberi rezeki, kami makan. Jika rezeki kami dihalang, kami bersabar."
Kata Ibrahim, "Begitulah anjing-anjing di negeri Balkh. Jika diberi makan, ia makan. Jika tidak diberi makan, ia bersabar."
Shaqiq bertanya semula kepada Ibrahim, "Bagaimana usul kalian?"
Jawab Ibrahim, "Jika kami diberi rezeki, kami mengutamakan orang lain. Jika rezeki kami dihalang, kami mengucapkan alhamdulillah dan syukur."
Shaqiq seraya bangkit, lalu duduk di hadapan Ibrahim b. Adham seraya berkata, "Enta ustazuna."
Antara kata-kata beliau,
1. "Kefakiran itu adalah khazanah di langit. Ia umpama sijil dari Tuhan; Dia tidak memberinya melainkan kepada sesiapa yang Dia cintai."
2. "Hati itu ada tiga penutup, al-farah (kegembiraan), al-huzn (kesedihan) dan al-surur (syok). Jika engkau bergembira dengan yang ada, engkau tersangat berkeinginan dengan dunia. Dan itu diharamkan. Jika engkau sedih pada perkara yang tiada, bererti engkau marah (tidak reda). Dan orang yang marah akan diazab. Jika engkau syok dengan pujian, bererti engkau ujub. Dan ujub itu menghapuskan amalan."
Shaqiq pernah menceritakan, suatu hari beliau duduk-duduk bersama dengan Ibrahim. Tiba-tiba lalu seorang lelaki. Lelaki itu lalu begitu sahaja tanpa menegur mereka. Ibrahim bertanya kepada Shaqiq, "Lelaki itu, bukan si fulan yang aku kenalkah?" Jawab Shaqiq, "Haah."
Ibrahim kemudian meminta Shaqiq untuk menemui lelaki itu, dan bertanya kenapa dia tidak menegur tadi. Lelaki itu menjawab, "Isteriku baru sahaja lepas bersalin. Aku pula tiada duit sekarang ini. Dah separuh gila aku ini sehingga tidak persan kalian."
Shaqiq memberitahu hal itu kepada Ibrahim.
Ibrahim merespon, "Inna lillah wa inna ilayh raji'un. Macam mana aku boleh terlupa tentang hal kawan kita tu?" Beliau segera meminjam 2 dinar dan memberi kepada lelaki itu. Satu dinar untuk dirinya, satu dinar lagi untuk diberikan kepada sesiapa. Lelaki itu memberikan lagi satu dinar itu kepada isterinya.
Kata isterinta, "Wahai Allah, jangan Dikau lupakan Ibrahim atas jasanya hari ini." Dia menjadi gembira, tidak pernah dia bergembira seperti hari itu.
***
Jawab Shaqiq, "Jika kami diberi rezeki, kami makan. Jika rezeki kami dihalang, kami bersabar."
Kata Ibrahim, "Begitulah anjing-anjing di negeri Balkh. Jika diberi makan, ia makan. Jika tidak diberi makan, ia bersabar."
Shaqiq bertanya semula kepada Ibrahim, "Bagaimana usul kalian?"
Jawab Ibrahim, "Jika kami diberi rezeki, kami mengutamakan orang lain. Jika rezeki kami dihalang, kami mengucapkan alhamdulillah dan syukur."
Shaqiq seraya bangkit, lalu duduk di hadapan Ibrahim b. Adham seraya berkata, "Enta ustazuna."
***
1. "Kefakiran itu adalah khazanah di langit. Ia umpama sijil dari Tuhan; Dia tidak memberinya melainkan kepada sesiapa yang Dia cintai."
2. "Hati itu ada tiga penutup, al-farah (kegembiraan), al-huzn (kesedihan) dan al-surur (syok). Jika engkau bergembira dengan yang ada, engkau tersangat berkeinginan dengan dunia. Dan itu diharamkan. Jika engkau sedih pada perkara yang tiada, bererti engkau marah (tidak reda). Dan orang yang marah akan diazab. Jika engkau syok dengan pujian, bererti engkau ujub. Dan ujub itu menghapuskan amalan."
***
Ibrahim kemudian meminta Shaqiq untuk menemui lelaki itu, dan bertanya kenapa dia tidak menegur tadi. Lelaki itu menjawab, "Isteriku baru sahaja lepas bersalin. Aku pula tiada duit sekarang ini. Dah separuh gila aku ini sehingga tidak persan kalian."
Shaqiq memberitahu hal itu kepada Ibrahim.
Ibrahim merespon, "Inna lillah wa inna ilayh raji'un. Macam mana aku boleh terlupa tentang hal kawan kita tu?" Beliau segera meminjam 2 dinar dan memberi kepada lelaki itu. Satu dinar untuk dirinya, satu dinar lagi untuk diberikan kepada sesiapa. Lelaki itu memberikan lagi satu dinar itu kepada isterinya.
Kata isterinta, "Wahai Allah, jangan Dikau lupakan Ibrahim atas jasanya hari ini." Dia menjadi gembira, tidak pernah dia bergembira seperti hari itu.
Comments
Post a Comment