Tafsir | Fatihah (1): 1

Allah ﷻ berfirman,

• بِسمِ اللَّهِ الرَّحمنِ الرَّحيمِ

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

al-Muhktaṣar fī al-Tafsīr

باسم الله أبدأ قراءة القرآن، مستعينًا به تعالى متبركًا بذكر اسمه. وقد تضمنت البسملة ثلاثة من أسماء الله الحسنى، وهي: ١- «الله»؛ أي: المعبود بحق، وهو أخص أسماء الله تعالى، ولا يسمى به غيره سبحانه. ٢- «الرَّحمَن»؛ أي: ذو الرحمة الواسعة. فهو الرحمن بذاته. ٣- «الرَّحيم»؛ أي: ذو الرحمة الواصلة. فهو يرحم برحمته من شاء من خلقه ومنهم المؤمنون من عباده.

Dengan nama Allah aku memulakan pembacaan al-Quran, dengan memohon pertolongan kepada-Nya dan mengambil berkat dari sebutan nama-Nya.

Basmalah mengandungi 3 dari nama-nama Allah yang terelok;

1. Allah,
iaitu bererti yang disembah dengan hak. Ini adalah nama Allah yang istimewa buat-Nya sahaja, tidak diletakkan nama ini pada selain-Nya ﷻ.

2. al-Raḥmān,
iaitu bererti yang Empunya kasih sayang yang teramat luas. Dia adalah al-Raḥmān dengan zat-Nya sendiri (bukan kerana yang lain).

3. al-Raḥīm,
iaitu bererti yang Empunya kasih sayang yang sampai [kepada hamba-Nya].

Yang mana Dia mengasihi dengan kasih sayang-Nya sesiapa sahaja yang Dia kehendaki, antaranya adalah orang-orang beriman dari kalangan hamba-Nya.

اه‍ـ

Comments

Popular Posts