Catatan | Sedikit Berkenaan Wajib

Catatan |

Wajib didefinisikan dengan dua definisi; hakikat dan kesan.

Dari segi hakikat, ia adalah: ما طُلِبَ طَلَباً جَازِماً ("apa yang dituntut [oleh dalil untuk melakukan] dengan tuntutan yang pasti").

Dari segi kesan pula, masyhur dengan perkataan, مَا يُثَابُ عَلَىٰ فِعْلِهِ وَيُعَاقَبُ عَلَىٰ تَرْكِهِ. ("apa yang diganjari jika dilakukan, dan diberi balas jika ditinggalkan").

Sh. Sulayman al-Ruhayliyy menyebutkan takrifan dari segi kesan yang lebih detail (أَدَقٌّ), iaitu,
مَا يُثَابُ عَلى فِعْلِهِ امتثالا ويستحق على تركه قصدا مطلقا العقاب
("Apa yang diganjari jika dilakukan demi memenuhi tuntutan syariat, dan berhak untuk dihukum jika ditinggalkan secara segaja dan mutlak").

Katanya: (امتثالا), iaitu demi memenuhi suruhan syariat.
Justeru orang yang melakukan solat kerana dipaksa, tidak diberi pahala kerana tidak imtithāl.

Katanya: (يستحق), berhak,
Yakni peninggal wajib berhak untuk dihukum, namun tidak wajib bagi Allah ﷻ menghukumnya. Bahkan boleh untuk Dia mengampunkan.

Katanya: (قصدا), sengaja,
Justeru peninggal wajib yang tertidur atau terlupa, tidak berhak untuk dihukum atas itu,

Katanya: (مطلقا) secara mutlak,
yakni meninggalkan terus perkara wajib itu. Seperti orang yang memang tidak solat. Adapun jika ditinggalkan untuk dilewatkan, tidaklah berhak untuk dihukum. Seperti seseorang meninggalkan Isyak untuk dilakukan tengah malam. Atau orang yang sakit meninggalkan puasa Ramadan, dia tidaklah meninggalkan secara mutlak atau terus, sebaliknya akan diganti ketika berkemampuan nanti.

Faedah: االواجب bukanlah hukum, tetapi ia adalah sifat kepada hukum الوجوب. [al-Mahalliyy 'ala al-Juwayniyy]

Faedah: الواجب dari segi bahasa bermaksud الساقط (yang gugur). [Ibn Jibrin ‘ala al-Juwayniyy]

Comments

Popular Posts