Catatan | Hantu Ibn Taymiyyah
Sh. Salih al-Usaymiyy hfz menceritakan,
Suatu ketika, ketika mana Sh. Islam ibn Taymiyyah sedang ditahan di penjara, tersebar berita bahawa Sh. Islam mencuri keluar dari selnya dan menyampaikan ceramah di perkampungan tertentu kemudian kembali ke sel penjara.
Khabar angin ini sampai ke pengetahuan sultan. Maka sultan memanggil ibn Taymiyyah untuk menyelidiki kebenaran berita itu.
Ibn Taymiyyah menjawab, "Tidak. Itu bukanlah aku, sebaliknya itu adalah syaitan yang menyerupai aku."
Sultan terkejut, lalu bertanya, "Mengapa engkau tidak mengatakan itu adalah malaikat?"
Jawab ibn Taimiyyah, "Malaikat tidak akan berdusta [dengan mengaku bahawa diri adalah aku, sedangkan bukan]."
Kemudian Sh. Salih mengkomentar dengan katanya,
"Demikianlah ahli ilmu, mereka tidak tertipu dengan mainan syaitan. Sedangkan boleh sahaja ibn Taymiyyah mahu mengklaim bahawa itu adalah malaikat yang menyerupai dirinya yang menjadi anak muridnya lalu menyambung pengajiannya, namun beliau tidak melakukan demikian."
AMAS
Thu, Saf 30; 1440
Nov 8; 2018
Comments
Post a Comment