Catatan | Sang Pembenci

*ini adalah puisi lama aku, 2015. sengaja up balik. ah suka hati aku-lah. blog aku. rasa macam kelakar pula baca puisi bbnu sendiri.

Ya.
Mungkin kau tahu segala kronologi.
Kau tahu segala konpirasi.
Segala yang berlaku pada hari ini.

Namun.
Itu tak bermakna kau berhak berkonklusi.
Kerana kau masih kekurangan sesuatu lagi.
Yaitu justifikasi.

Mungkin kerana itu, cerita itu direnovasi,
kasi sedikit macam berinovasi.
Biar orang yang dengar terkaku sendiri.

Supaya psikologi aku terprovokasi.
Sayangnya kakiku tetap kukuh terpasak bumi.

Sebusuk-busuk loji,
busuk lagi jiwa mu yang keji.

Heh.
Aku percaya dan pasti.
Dari atma sedalam hati.
Bahawa aku adalah inspirasi dalam aspirasi.
Bagi kau merealisasi realiti.

Karna.
Jika ku kau benci.
Pasti kau hanya menyepi.
Biar aku sendiri.

#MaknusiaNormal
100415 0110
Jumaat

Comments

Popular Posts