Catatan | Monolog

Engkau barangkali mengenali dirimu yang sebenar. Mengetahui setiap sisi hitam dirimu yang tidak mereka ketahui. Kadang, engkau merasa lelah dengan itu. Mereka terlalu menganggap baik dirimu. Kadang, engkau pun sendiri tertipu dengan tanggapan mereka; Sedang engkau tahu mereka tersalah tanggap.

Tetapi engkau tahu, engkau adalah inspirasi untuk mereka merubah menjadi lebih baik, tahu?

Dan begitu juga engkau, mahu menjadi baik kerana melihat zahiran lain yang tampak baik-baik dan mulus-mulus. Dalaman, itu antara mereka sama Tuhan, sama engkau dengan Tuhan.

Diri—Am‘asy.

Comments

Popular Posts