Catatan | Bernikahlah, Anak Muda
Nabi ﷺ bersabda, "Wahai anak muda, sesiapa mampu untuk bernikah, maka berkahwinlah. Kerana ia lebih menundukkan pandangan dan menjaga kemaluan. Namun jika tidak mampu, maka berpuasalah; Kerana ia ibarat perisai buat dirinya."
Hadis ini sahih, direkodkan oleh al-Bukhariyy dan Muslim; dari jalur al-A‘mash, dari Ibrahim al-Taymiyy, dari ‘Alqamat b. Waqqas al-Laythiyy, dari ‘Abd Allah b. Mas‘ud.
Menurut Dr. Sulayman al-Ruhayliyy, ada hadis ini terdapat dalil akan galakan untuk bernikah pada usia yang muda, dan ia bersifat syar'i, bukan sekadar adat. Rasulullah ﷺ turut menerangkan sebab galakan ini iaitu bagi mejaga pandangan anak muda dan kemaluan mereka.
Kerana pada tahap usia ini, hormon libido terembes kerap. Kerana itu kita lihat pada beberapa statistik yang dikeluarkan di US, bahawa majoriti responden menjalani seks pertama pada usia 16-21.
Islam dengan cirinya yang memelihara maruah dan keturunan telah menetapkan satu solusi utama dan solusi alternatif, iaitu bernikah bagi yang l mampu. Jika tidak, perbanyakkan berpuasa.
Mampu dalam konteks hadis ini adalah dari segi mental dan fizikal, iaitu kecukupan persediaan ilmu pengetahuan dan kematangan serta mampu menanggung keperluan asas keluarga.
Justeru, anak muda; Jangan terus berusaha berkahwin, tetapi berusahlah untuk menjadi mampu untuk berkahwin.
#hadith_project
Artikel ini ditulis dan disebarkan melalui Instagram Hadith_Project pada 27 Oktober, 2018.
Comments
Post a Comment